Saturday 24 March 2012

Assalamualaikum Pembuka Kata


KENYATAAAN MAHASISWA
KOLEJ KEDIAMAN DALAM UNIVERSITI
Saya pelajar tahun 3 dari Uuniversiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) ingin membuat keyataan tentang isu ketiadaan kolej kolej kediaman dalam universiti.
Meskipun Universiti Tteknikal Malaysia Melaka salah satu IPTA yang baru, faktor ketiadaan kolej kediaman universiti bagi pelajar adalah salah satu perkara yang tidak wajar berbanding dengan universiti lain yang begitu banyak kolej kediaman. Ini kerana menjadi salah sebuah institusi pengajian seharusnya ada kolej kediaman di dalam universiti terutamanya kepada pelajar tahun 1 atau 2 tidak dapat membiasakan diri dengan suasana kehidupan di luar universiti.
 Saya mendapati bahawa jika ketiadaan kolej kediaman menyebabkan keselamatan pelajar tidak terjamin terutamanya perempuan (mahasiswi). Pelajar perempuan sering kali terdedah bebas di luar akan meyebabkan berlaku perkara yang tidak dingini seperti kes rogol,ragut,dan sebagainya. Selain itu, pelajar juga didedahkan dengan gejala sosial luar yang tidak sihat seperti seks bebas, penyalahgunaan dadah,terbabit dengan kemalangan jalan raya, dan sebagainya gara-gara ketiadaan kolej kediaman.
Tambahan pula, sambutan program dalam universiti tidak mendapat sambutan kerana tiada kolej kediaman di dalam universiti. Pelajar dari luar begitu susah untuk menghadiri program kerana perlu berulang alik dari luar ke dalam universiti. Ini menyebabkan program itu tidak dapat berjalan dengan lancar kerana kekurangan pelajar.
Selain itu, kemudahan pelajar untuk bersukan di waktu petang. Ketiadaan kolej kediaman meyebabkan kurang pelajar untuk mengimarahkan kemudahan sukan yg disediakan oleh universiti.
Saya ingin mengesa pihak universiti melakukan perkara yang sewajarnya untuk membuat dan memperbanyakkan lagi kolej kediaman bagi menjaga kebajikan dan keselamatan pelajar. 

No comments:

Post a Comment